Wednesday, November 5, 2008
Kem Motivasi River Ranger
AJK Induk River Ranger Pagoh yang dipengerusikan oleh En. Rahmat bin Sari akan mengadakan Kem Motivasi River Ranger selama 2 hari 1 malam bertempat di Dataran Perkarangan SK Kg. Raja. Kem ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada semua ahli River Ranger Pagoh berkenaan tanggungjawab setiap ahli untuk lebih prihatin dalam menangani isu-isu berkaitan penjagaan alam khususnya sungai. Program ini akan mengandungi slot - slot bengkel dan kajian lapangan sungai. Ia dicadangkan diadakan pada 8 dan 9 November 2008. River Ranger Paya Redan akan menghantar wakil seramai 15 orang bagi menghadiri kem ini.
Kempen Cintai Sungai
Banjir yang berlaku pada akhir tahun 2006 dan awal 2007 telah memberi kesan kepada masyarakat. Banyak harta benda yang musnah dan ia memberi kesedaran tentang pentingnya penjagaan sungai kita. River Ranger Sekolah Kebangsaan Paya Redan telah mengadakan Kempen Cintai Sungai bersama guru - guru River Ranger iaitu En. Mokhtar bin Lun, En. Abd. Halim Tawfek bin Khalil dan En. Azuan bin Mohd. Noh. Objektif program adalah untuk memberi kesedaran tentang penjagaan alam sekitar dan melatih murid supaya menyayangi sungai. Selain daripada itu, ia juga antara usaha River Ranger untuk mengindahkan kawasan sungai dan memberikan pendidikan kepada murid - murid tentang cara untuk menilai dan menguruskan sungai dengan berkesan. Dengan bantuan geran daripada yayasan Force of Nature (FON) dan dibimbing oleh Global Environment Center (GEC), projek ini telah berjaya dilaksanakan. Selain daripada projek ini, River Ranger SK Paya Redan juga mengadakan pemeriksaan rutin kualiti sungai pada setiap bulan untuk Sungai Semeriut yang terletak di hadapan Sekolah Kebangsaan Paya Redan. Pihak sekolah mengucapkan terima kasih kepada Force of Nature (FON) untuk dana yang diberikan, Global Environment Center (GEC) untuk bimbingan dan tunjuk ajar kepada River Ranger SK Paya Redan dan Pusat Internet Desa Pagoh atas bantuan untuk menghasilkan blog ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)